Monday, April 20, 2015

 

keistimewaan agama buddha

Banyak usaha dakwah giat dijalankan untuk membawa umat Buddha ke agama pendakwah. Antara dakwaan "luarbiasa" mereka :

1. Buddha dikatakan nabi.
Nampaknya taktik ini serupa dengan orang Brahmana zaman Buddha dulu lagi. Buddha diserap masuk dalam agama mereka dengan "mewujudkan" satu purana yang menyatakan Buddha sebagai jelmaan ke-9 Vishnu. Tambah purana tu lagi, Buddha datang untuk "mengelirukan" masyarakat. Maka, dengan imbuhan "dewa" pada purana tersebut, secara psikologinya ramai orang biasa-biasa menghindarkan diri dari menyelidiki ajaran Buddha. Mereka sekadar menyembah Buddha.

Sejarah berulang kembali. Pendakwah satu agama ni beriya-iya menyerap Buddha masuk sebagai nabi. Apa tujuannya? Barangkali untuk menunjukkan agamanya memuliakan Buddha dan sebagai jalan memudahkan usaha dakwah?

 Setahu saya, kitabnya tidak menyebut nama Siddhatta Gautama, tidak menyebut tentang Jalan Lapan Lapis Mulia dan kerangka agama tersebut tidak ada pencapaian rohaniah berperingkat. Yang paling ketara adalah worldview Buddha dengan agama tersebut. Buddha mencapai "Nibbana". Hidup menidakkan nafsu. Bebas dari hasad dengki dan kejahilan. Bebas dari keterikatan kepada nafsu pancaindera. Semua nabi sedikit sebanyak dicatatkan dalam kitabnya pernah marah. Semua nabi pernah ditegur tuhan mereka kerana tersilap. Ada beberapa nabi yang berkahwin dan menikmati nafsu rumahtangga. Ternyata nabi nabi mereka tidak mencapai Nibbana. Perbezaan Buddha dengan nabi yang paling ketara adalah Nibbana adalah pencapaian penyucian rohani yang kekal manakala kenabian adalah pilihan tuhan mereka. Seorang nabi tidak perlu bebas dari dikawal nafsu pancainderanya.


2. Buddha dikatakan mengajar agama "mereka".
Ajaran Buddha berpusatkan Empat Kebenaran Mulia dan berakhir di Nibbana. Agama mereka semudah kepatuhan kepada suruhan tuhannya dan tiada penyucian berperingkat sehingga tahap menolak keterikatan kepada hawa nafsu. Pengamal setia agama mereka , jika dinilai dari displin agama Buddha bolehlah dikatakan setingkat bawah dari seorang perumahtangga Buddha yang baik. Mereka masih




3. Agama Buddha sekarang dikatakan diselewengkan dengan membandingkan intipati agama "mereka".
4. Yang selari dikatakan berasal dari agama "mereka". Yang berlainan dikatakan penyelewengan.

Sukahatilah. Inilah antara yang dilakukan untuk tujuan dakwah oleh agama tu.


*Hukuman mati ke atas mereka yang keluar dari agama mereka atas tiket "dosa terhadap kebenaran"
*Mereka yang telah didakwah dan tidak menerima agama mereka dikatakan menolak kebenaran dan dikatakan menjadi kayu api neraka.

Seseorang yg berfikiran logik akan nampak ini adalah mekanisme untuk mengekalkan pengikut dalam agama tersebut dengan penggunaan kawalan psikologi. Apakah kebenaran hakiki sedemikian rupa? Di mana kah kebahagiaan rohaniah dalam beragama? Hukum sedemikian membatalkan segala kebenaran dalam agama tersebut dengan sendirinya. Katanya "tiada paksaan menganut agama mereka, TETAPI setelah menganutnya kebebasan untuk keluar dari agama tersebut tiada lagi".

Ketertinggian Kebenaran Agama Buddha terletak di sini. Kebebasan menyiasat wujud. Seorang pengamal agama Buddha bebas masuk keluar agama Buddha, bebas keluar masuk sami. Agama Buddha selari dengan semangat pembelajaran seumur hidup dan benar benar mendukung pinsip kebebasan spiritual.


*Bertelagah sama ada mengikut kitab sabdha tuhannya sahaja atau mengikut sekali kitab yang mencatit segala yang diajar dan dilakukan oleh nabi mereka. 
- Logik 1 : agama tersebut berasal dari tuhan.
- Logik 2 : maka agama tersebut haruslah mengikut sabdha tuhannya sahaja.  

akan tetapi, terdapat golongan penganut agama mereka mendakwa mereka harus mengikut kitab yang satu lagi untuk memperjelaskan apa yang tuhan mereka sabdha. adakah ini bermaksud tuhan mereka tidak mengajar umatnya dengan sempurna sehinggakan ajarannya harus diselitkan ajaran ciptaan tuhannya? maka, segala yang tidak jelas telah menunjukkan betapa tidak lengkapnya ajaran tuhan mereka!

Ciri-ciri istimewa agama Buddha :
-mengajar kebaikan adalah kebaikan dan kejahatan tetap kejahatan.
-agama yang ternyata damai kerana tidak membahagikan dunia kepada penganut dan bukan penganut
-penganut Buddha berupaya duduk bersama-sama berbahagia dengan bekas penganut Buddha
-tidak ada unsur menakut-nakutkan mereka yang bukan penganut agama Buddha dengan menyatakan mereka bakal masuk neraka
-penganut agama Buddha bebas keluar masuk agama Buddha dan penganutnya tidak diancam dengan hukum bunuh apabila penganutnya keluar dari agama Buddha
-tidak menimbulkan rasa takut dan risau dalam psikologi penganutnya dengan menyatakan sesuatu daging/binatang adalah kotor & menjijikkan
-terdapat ukuran pencapaian spiritual yang teratur - tingkat ariya pertama, kedua, ketiga & akhirnya keempat - > mencapai Nibbana
-agama Buddha bukan personality cult ,iaitu bukan sebuah agama yang berpusatkan kepada Buddha. Agama Buddha berpusatkan kepada pencapaian spiritual setiap individu
-setiap tegahan Buddha mempunyai sebab,ia tidak berakhir separuh jalan dengan menunding kepada autoriti tuhan sehinggakan tiada penjelasan yang munasabah.


agama yang damai tidak memerlukan hukuman keras membunuh umat murtad untuk menjaga "kemuliaan"nya. Semulia-mulianya sesebuah agama, bila ia menghukum keras mereka yang memilih keluar darinya, maka ia membuktikan agamanya tidak mengenal damai sebenar dan adalah agama yang defensive dan duniawi.

Agama benar membawa kebahagiaan rohaniah kepada umatnya. Antara kebahagiaan bagi umat agama benar - ia tidak bermusuhan biarpun terhadap bekas pengnut agamanya. Ia menghormati pilihan individu.

Adakah kita, selayaknya manusia berakal masih mengikut satu sistem yang tidakberperikemanusiaan?





This page is powered by Blogger. Isn't yours?