Tuesday, January 27, 2015
Buddha mengajar : Dhamma seorang perumahtangga
Kemuliaan Akhlak Seorang Pengikut
Perumahtangga :
Rujukan - Khuddaka Nikāya: Sutta
Nipāta 2.14
“…Aku
akan mengajarmu tugas seorang pengikut perumahtangga. Dengan mengamalkannya seorang
pengikut perumahtangga akan berakhlak mulia, kerana adalah mustahil untuk seseorang
yang menjalani kehidupan perumahtangga untuk mengamalkan kehidupan pertapa
dengan selengkapnya.
"Ia
tidak harus membunuh, mahupun menyebabkan pembunuhan,
ataupun menghasut
orang lain untuk membunuh.
Jangan
mencederakan apa-apa makhluk,
baik yang
kuat mahupun yang lemah di dunia.
"Seorang
pengikut harus menghindari dari mengambil apa-apa dari mana-mana jua dengan
sedar (bahawa barang tersebut berpunya).
Ia tidak
harus mencuri mahupun menghasut orang lain untuk mencuri.
Ia
seharusnya menghindari sepenuhnya dari mencuri.
"Seorang
bijaksana harus menghindari dari hubungan kelamin
sebagaimana
ia menghindari bara kayu api menyala.
Jika ia
tidak dapat menjalani kehidupan suci (menghindari hubungan kelamin), maka ia
harus menjauhkan dari dari isteri orang lain.
"Dalam
istana mahupun di khalayak umum ia tidak harus berbohong.
Ia tidak
harus menyatakan pembohongan mahupun menghasut orang lain berbuat demikian.
Ia
seharusnya menghindari berbohong.
"Seorang
perumahtangga yang memilih untuk menjalani Dhamma ini
tidak harus bersuka-suka
meminum minuman yang memabukkan.
Ia tidak
harus minum mahupun menggalakkan orang lain berbuat demikian,
dengan kesedaran
bahawa ia akan membawa kepada kegilaan.
Dari kemabukkan orang yang jahil melakukan kejahatan
Dari kemabukkan orang yang jahil melakukan kejahatan
dan turut menyebabkan
orang jahil yang lain membuat perkara yang sama.
Ia harus
menghindari dari memabukkan diri,
satu keadaan
yang tidak baik,
yang menjahilkan
hati,
dan adalah
keseronokkan bagi orang yang jahil.
Labels: agama, agama buddha, akhlak, akhlak buddha