Wednesday, November 02, 2011
Hajar Aswad dan Buddha? Tiada kaitan,maaf.
Blog bertemakan perbandingan agama ini adalah untuk menegakkan kebenaran dan menangkis segala kesalahtafsiran atas nama 'persahabatan keagamaan'.
Saya telah terbaca satu blog muslim yang cuba mengkaitkan Buddha dengan Islam,tapi malangnya kajian penulis Muslim itu berdasarkan andaian semata-mata. Ini link ke artikel yang berkenaan, dan di bawah adalah penjelasan saya. http://blog-jempol.blogspot.com/2011/09/hajar-aswad-dan-budha.html
maaf ya,teratai tiada kaitan dengan sidratul muntaha islam.Arca Buddha duduk di teratai bukan bermaksud beliau sampai ke sesuatu tempat sebagaimana anda mengkaitkan dengan Muhamad Mikraj. Teratai dalam sastera Buddha memberikan maksud mencapai tahap kesucian rohaniah tertinggi. Dalam khotbah2 Buddha,beliau pernah membuat perbandingan manusia dengan teratai. Walaupun teratai tumbuh dalam lumpur,ia akhirnya akan keluar dari lumpur dan kembang. Kelopak-kelopaknya bebas dari kotoran lumpur dan berbau wangi. Begitulah manusia,walaupun pernah ada kotoran batin,ia akan akhirnya akan dapat mengatasi segala kekotoran batin dan mencapai KeBuddhaan. Inilah maksud arca Buddha atas teratai. Harap maklum.
kutipan dari Dona Sutta :
"... "Bagaikan teratai merah, biru, atau putih – yang muncul dari dalam air, tumbuh di
air, keluar di atas permukaan air – tak dikotori oleh air, begitu pula saya – lahir di dunia,
tumbuh i dunia, telah mengatasi dunia – hidup tanpa dikotori oleh dunia. ..."

kutipan dari Magandiya Sutta :
"... Seperti bunga teratai berduri tidak ternoda oleh air & lumpur,begitulah seorang pertapa, pendukung kedamaian, tanpa keserakahan,tidak ternoda oleh nafsu indra dan dunia. ... "
kutipan dari Gara Sutta :
"...As a drop of water does not stick to a lotus, as water does not stick to a lotus, so a Muni does not cling to anything, namely, to what is seen or heard or thought..."
["...Sebagaimana tidak setitis air melekat pada bunga teratai, sebagaimana air tidak melekat pada bunga teratai, maka Yang Mulia tidak melekat kepada apa jua, iaitu apa yang dilihat, didengar ataupun difikir.." ]
* barangkali, dari bacaan inilah para pembuat arca Buddha dulukala mendapat inspirasi untuk membuat arca Buddha duduk atas teratai untuk mencerminkan tingkat kesucian rohani beliau.
Labels: Buddha, hajar aswad, islam, perbandingan agama